Kematian .
Kematian. Semua orang takut kan nak mati? Kalau cakap pasal mati confirm semua kecut. Tapi korang kena tahu yang kita semua akan mati. Tapi kita taktahu bila kita mati, dekat mana kita mati dan macam mana keadaan kita masa mati nanti. Masa nih akan datang. Memang akan datang. Mungkin ada yang fikir 'alah aku muda lagi. umur baru 20 kod. takkan aku mati dalam masa muda gini. takmungkin lahhh'. pernyataan itu salah. sangat2 salah. sekarang dah banyak contoh, ramai remaja yang mati sebab lemas, mat rempit and macam2 lagi. sedangkan baby ponn boleh dipanggil Allah. buka fikiran korang semua. dan cuba fikirkan. apa yang korang dah buat masa korang hidup? cukup ke amalan yang korang buat di dunia? adakah timbangan korangg akan berat untuk pahala ataupun dosa? ingatlah, ketika berada di dalam kubur, tiada siapa yang tolong anda. ibu bapa, rakan2 , harta. semua tak akan menolong anda untuk menjawab soalan2 yang akan ditanyakan oleh malaikat munkar dan nakir. tapi amalan anda yang akan menjawab! buka minda anda. berfikir sejenak. refleksi diri anda sendiri. tanya dalam diri anda. adakah anda bersedia untuk menjawab soalan2 itu nanti? bertaubat lah sebelum terlambat. Allah itu Maha Pengampun. Allah sentiasa membuka peluang untuk hamba2Nya bertaubat kepadaNya. Ingat! Allah sangat sayang kepada semua hambaNya. Berzikirlah untuk melembutkan hati korang. Dalamilah ilmu2 agama. Hayatilah2 ayat2 didalm al-quran dan makna2nya. Isilah masa anda dengan perkara2 yang berfaedah. Kematian akan datang. kematian tidak boleh ditunda. Jika Allah ingin memanggil anda, pada detik itu, jam itu dan masa itu anda akan diambil olehNya. Tidak kira anda sedang berzina atau sedang melakukan apa sahaja. anda akan dipanggil. bacalah post nih dengan hati anda. dengan jiwa dan rohani anda. cuba untuk berfikir sejenak. Terima kasih. Assalamualaikum
Be yourself baby.Thanks for reading ^^v