Pewaris syurga .

Assalamualaikum semua :) hihi macam mana exam ? okay ? boleh jwb ? kalau boleh alhamdulilah. kalau dpt result yg teruk exam nih jangan lah terlalu macam keciwa sngt. haha. okay harini indah nk update title pewaris syurga. siapa pewaris syurga nih ? mesti tertanya2 . hehe okayokay let's go baby

Berdasarkan ayat mu'minun terdapat beberpa ciri ahli pewaris syurga sebenarnya. Cuba tengok nih

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Beruntunglah orang-orang yang beriman

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
dan orang-orang yang menunaikan zakat,

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

  فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَ‌ٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ 
 Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ﴿
 Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya,
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ 
 dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

 أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ٠
 Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُون١
 (ya’ni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Okay indah rasa jelas dan terang maksud2 ayat surah nih kan ? Sebenarnya benda yang senang je. Tapi biasa lah kita duduk dekat dunia mesti terpengaruh dengan keduniaan semata-mata kan ? Sedarkanlah diri. Adakah kita ingin masuk ke syurga ? tapi apa yang kita dah buat untuk melayakkan diri kita masuk syurga? cukup tak amalan kita semasa di dunia? kita sbgi manusia kena fikir tentang hal2 tersebut kerana sesungguhnya hari pertimbangan amalan kita akan datang entah bila. bilabila sahaja Allah boleh memanggil seluruh manusia di bumi ini untuk menghadapNya dan meceritakan apa yang telah kita lakukan ketika berada di dunia. 

Maaf kalau ada yang kurang dalam post nih. InsyaAllah nanti indah post smbungn pewaris syurga. Assalamualaikum :)

Be yourself baby.Thanks for reading ^^v